Monday, November 8, 2010

5 Faktor Utama Berjaya Dalam Peperiksaan

1.Azam atau Cita-cita tinggi.
Anda semestinya mempunyai keazaman utk memperolehi pencapaian yg tinggi dlm peperiksaan
anda.Tidaklah menjadi soal sama ada anda berjaya atau tidak,malah sudah cukup baik jika anda
bercita-cita utk mendapat tempat pertama tetapi hanya mendapat tempat kedua.

2.Pergiatkan Usaha Anda.
Tidak ada jln mudah utk berjaya,dan usaha anda mestilah lebih berganda dari cita-cita anda.
Misalnya jika anda mengharapkan tempat pertama,anda mestilah berusaha lebih dari orang
yg mendapat tempat pertama.

3.Kesihatan dan Kecergasan.
Kesihatan fizikal dan mental perlulah diambil berat.Otak yg sihat dan cergas letaknya pada
badan yg sihat dan cergas.Tegasnya,anda perlu makanan seimbang.Selepas penat belajar anda
perlu berehat dan bersenam serta tidur yg cukup mengikut umur anda.

4.Berlatih dan Mencuba Dahulu.
Anda perlu melihat kertas-kertas peperiksaan sebenar dgn melihat contoh kertas-kertas
peperiksaan tahun-tahun yg lalu.Anda juga perlu berlatih menjawab berkali-kali dgn teknik yg
baik dlm masa yg ditetapkan.

5.Disiplin Dan Sembahyang.
Disiplinkan diri anda.Patuhilah jadual belajar anda dan taatlah mengerjakan sembahyang.
Sembahyang dgn sendirinya mendisiplinkan diri anda.Sejarah telah membuktikan org-org
yg mendisiplinkan diri dan taat mengerjakan sembahyang adalah mereka yg paling ramai
meraih kejayaan.Sembahyang boleh mententeramkan jiwa anda dan secara tidak langsung
ia menjadi senaman utk merehatkan otak selepas penat belajar.

1 comment:

  1. mboo,kenapa solat yg terakhir?
    by the way,thanks for the tips!

    ReplyDelete