Tuesday, November 9, 2010

PERSEDIAAN SELEPAS PEPERIKSAAN.

1. JGN SEMAK JAWAPAN DGN KAWAN-KAWAN.

2. LUPAKAN KERTAS YG SUDAH DIJAWAB.

3. TUMPUKAN KPD KERTAS YG AKAN DIJAWAB PADA ESOK HARINYA.

4.ULANGKAJI KERTAS YG AKAN DIJAWAB PADA HARI BERIKUTNYA.



SELAMAT MENCUBA & SEMOGA ANDA BERJAYA...

PERSEDIAAN SEMASA PEPERIKSAAN.

1. KETENANGAN (PENTING).

2. JGN BACA NOTA LAGI.

3. DENGAR TAKLIMAT KETUA PENGAWAS.

4.TENGOK SOALAN DAN BACA ARAHAN.

5. BACA SOALAN DAHULU. ( 1 SAMPAI HABIS).

6. BARU JAWAB SOALAN. (JAWAB SOALAN YG MUDAH DAHULU BARULAH JAWAB YG SETERUSNYA SAMPAI HABIS).

7. JAWAB DLM KEADAAN TENANG.(KALAU RASA RESAH-GELISAH TARIK NAFAS 3 KALI).

8. SEMAK JAWAPAN YG DIBUAT DAN SUSUN KERTAS JAWAPAN MENGIKUT NOMBOR SOALAN YG BETUL SEBLM DI IKAT DAN DIHANTAR.




PERSEDIAAN SEBELUM PEPERIKSAAN

1. ULANGKAJI TERAKHIR (BACA NOTA RINGKAS/BERBINCANG).

2. ALAT-ALAT PEPERIKSAAN. ( JANGAN LUPA

3. KAD PENGENALAN. ATAU TERTINGGAL).

4. JADUAL PEPERIKSAAN. (DISEMAK SELALU).

5. CUKUP REHAT / TIDUR.

6. MAKAN MAKANAN YG SEIMBANG. (JGN MINUM AIR YG BERGAS).

7. BERDOA KEPADA ALLAH.

8. MINTA RESTU IBU BAPA.

TEKNIK YG BAIK UTK MEMBACA DAN MEMAHAMI.

1.Bacalah dgn lambat supaya anda betul-betul faham apa yg tertulis.Cubalah mengingatkan perkataan-perkataan penting dlm sesuatu perenggan.Ia memudahkan anda.

2
.Dengan menggunakan bahasa yg paling mudah,tulis isi ringkas di tepi buku setiap satu perenggan yg anda baca.Banyak faedah yg anda perolehi kerana ia memaksa anda memahami dan mencari isinya.Ia juga membuat anda mahir meringkaskan karangan dan memudahkan anda mengingat kembali.

3
.Selepas habis membaca,baca semula catatan di tepi buku itu.Kemudian tutup,cuba anda ingatkan semula apa yg anda baca dan buka buku semula jika anda lupa.

4.
Cuba tulis semula di buku catatan anda tanpa melihat buku teks.

5
.Buat rajah-rajah atau nota ringkas pd sekeping kertas besar.Tampal di dinding supaya anda dpt melihatnya berkali-kali.

6.
Kiaskan atau ingatkan sesuatu yg hampir sama bunyi atau serupa dgn apa yg anda baca.Ia memudakan anda mengingat.

7.
Berbincanglah dgn kawan-kawan anda.Bacalah terlebih dahulu tajuk yg akan dibincangkan.(Lebih baik berlainan buku).

8.
Buat soalan sendiri dan jawablah sendiri.mintalah guru anda menilainya.

9.
Anda boleh menulis formula,hadis atau nota ringkas pd kad-kad kecil dan dibawa ke mana sahaja utk memudahkan anda menghafal.

10.
Bila baca topik yg baru,cuba ingat kembali apa yg telah anda baca sebelumnya.

CARA-CARA BELAJAR YANG BAIK.

1.Ketahuilah Sukatan Pelajaran.
Anda perlu tahu keseluruhan topik pelajaran bg tiap-tiap satu subjek yg anda ambil.Ia mengelakkan anda dr membuang masa mempelajari sesuatu di luar sukatan pelajaran.

2.Adakan Meja Atau Tempat Belajar.
Tempat belajar sebaik-baiknya selesa,tenteram dan mempunyai peredaran udara yg baik.Belajar dgn duduk tegak lebih baik dr cara menyandar atau berbaring.

3.Tuliskan Matlamat Anda.
Setiap perkara mesti ada matlamatnya.Anda mestilah menentukan apa yg anda ingin capai dlm peperiksaan.Tampalkannya di tempat belajar anda supaya ia menjadi daya dorong utk anda belajar.

4.Ketahui Pelajaran Yang Penting.
Anda perlu tahu syarat-syarat lulus dlm sesuatu pelajaran.Kajilah semasak-masaknya seblm memilih matapelajaran utk peperiksaan.

5.Adakan Jadual Belajar.
Seblm membuat jadual tentukan sama ada anda memilih utk menatap sehingga larut mlm seperti biasa atau tidur cepat dgn bgn awal pagi.Biasanya jadual tidur cepat dgn bgn awal pagi adalah jadual belajar yg paling baik.Dgn suasana pg yg bersih dan nyaman,anda bersedia menerima apa-apa sahaja pelajaran.Ingat,anda tidak semestinya terikat dgn jadual ini.Masa belajar anda lebih byk bergantung kpd kemampuan anda utk memberi tumpuan kpd pelajaran.

6.Bersedia Dari Awal.
Mulalah belajar,membaca,memahami dan mengingat dr awal thn.Setelah cukup faham dan ingat sesuatu perkara barulah berpindah belajar cara tebuk-tebuk sahaja,kerana cari ini byk risikonya.Mengetahui pelajaran secara keseluruhannya membantu anda apabila mengulangkaji nanti dan anda juga tidak gentar utk menghadapi peperiksaan.

7.Tenteramkan Jiwa Anda.
Usaha anda akan menjadi sia-sia jika anda terganggu dgn masalah-masalah lain.Jadi elakkan keadaan begini.Berusahalah menyelesaikan masalah anda supaya tidak merunsingkan anda lagi.

8.Jauhilah Dari Pengaruh Negatif.
Jgnlah terikut-ikut dgn pengaruh luar yg merugikan anda.Bergaullah dgn org-org yg sependirian dgn anda dan boleh membantu anda dlm pelajaran anda.

9.Amalkan Teknik Membaca Yang Baik.
Semasa membaca,pen harus ada di tgn anda bg mewujudkan suasana serius.Semasa membaca,catat atau lukiskan nota penting utk memudahkan anda mengingat.Amalan ini baik dipraktikkan pada mlm hari kerana membaca sahaja memungkinkan anda mengantuk.

10.Banyakkan Buku Rujukan.
Membanyakkan buku disekeliling anda samalah seperti anda memperbanyakkan guru di samping anda.Rujuklah buku-buku yg berlainan kerana tidak semua buku yg lengkap.

11.Membaca Akhbar Dan Majalah.
Pelajar-pelajar amat penting membaca akhbar dan majalah yg tinggi mutunya.Ia membantu anda meluaskan pengetahuan.

12.Jangan Paksa Otak Anda.
Berhentilah dahulu jika anda merasakan tidak dpt lagi memahami pelajaran kerana otak letih.Prinsip utama,biarlah belajar sedikit asalkan anda faham dan ingat.Orang-orang yg sederhana kemampuan otaknya biasanya berehat setiap 2 jam belajar.

13.Sediakan Buku Ringkasan Khas.
Sepatutnya anda mempunyai beberapa buku tulis,satu buku utk satu subjek.Gunakanlah buku tersebut utk mengumpulkan nota dr pelbagai sumber.Jadikan ia lengkap,ringkas dan padat serta senang utk anda faham.

14.Bertanyalah Selalu.
Pelajar yg rajin bertanya adalah pelajar yg pintar.Ia tahu kekurangannya dan mahu memantapkan kefahamannya.

Monday, November 8, 2010

5 Faktor Utama Berjaya Dalam Peperiksaan

1.Azam atau Cita-cita tinggi.
Anda semestinya mempunyai keazaman utk memperolehi pencapaian yg tinggi dlm peperiksaan
anda.Tidaklah menjadi soal sama ada anda berjaya atau tidak,malah sudah cukup baik jika anda
bercita-cita utk mendapat tempat pertama tetapi hanya mendapat tempat kedua.

2.Pergiatkan Usaha Anda.
Tidak ada jln mudah utk berjaya,dan usaha anda mestilah lebih berganda dari cita-cita anda.
Misalnya jika anda mengharapkan tempat pertama,anda mestilah berusaha lebih dari orang
yg mendapat tempat pertama.

3.Kesihatan dan Kecergasan.
Kesihatan fizikal dan mental perlulah diambil berat.Otak yg sihat dan cergas letaknya pada
badan yg sihat dan cergas.Tegasnya,anda perlu makanan seimbang.Selepas penat belajar anda
perlu berehat dan bersenam serta tidur yg cukup mengikut umur anda.

4.Berlatih dan Mencuba Dahulu.
Anda perlu melihat kertas-kertas peperiksaan sebenar dgn melihat contoh kertas-kertas
peperiksaan tahun-tahun yg lalu.Anda juga perlu berlatih menjawab berkali-kali dgn teknik yg
baik dlm masa yg ditetapkan.

5.Disiplin Dan Sembahyang.
Disiplinkan diri anda.Patuhilah jadual belajar anda dan taatlah mengerjakan sembahyang.
Sembahyang dgn sendirinya mendisiplinkan diri anda.Sejarah telah membuktikan org-org
yg mendisiplinkan diri dan taat mengerjakan sembahyang adalah mereka yg paling ramai
meraih kejayaan.Sembahyang boleh mententeramkan jiwa anda dan secara tidak langsung
ia menjadi senaman utk merehatkan otak selepas penat belajar.