Tuesday, November 9, 2010

TEKNIK YG BAIK UTK MEMBACA DAN MEMAHAMI.

1.Bacalah dgn lambat supaya anda betul-betul faham apa yg tertulis.Cubalah mengingatkan perkataan-perkataan penting dlm sesuatu perenggan.Ia memudahkan anda.

2
.Dengan menggunakan bahasa yg paling mudah,tulis isi ringkas di tepi buku setiap satu perenggan yg anda baca.Banyak faedah yg anda perolehi kerana ia memaksa anda memahami dan mencari isinya.Ia juga membuat anda mahir meringkaskan karangan dan memudahkan anda mengingat kembali.

3
.Selepas habis membaca,baca semula catatan di tepi buku itu.Kemudian tutup,cuba anda ingatkan semula apa yg anda baca dan buka buku semula jika anda lupa.

4.
Cuba tulis semula di buku catatan anda tanpa melihat buku teks.

5
.Buat rajah-rajah atau nota ringkas pd sekeping kertas besar.Tampal di dinding supaya anda dpt melihatnya berkali-kali.

6.
Kiaskan atau ingatkan sesuatu yg hampir sama bunyi atau serupa dgn apa yg anda baca.Ia memudakan anda mengingat.

7.
Berbincanglah dgn kawan-kawan anda.Bacalah terlebih dahulu tajuk yg akan dibincangkan.(Lebih baik berlainan buku).

8.
Buat soalan sendiri dan jawablah sendiri.mintalah guru anda menilainya.

9.
Anda boleh menulis formula,hadis atau nota ringkas pd kad-kad kecil dan dibawa ke mana sahaja utk memudahkan anda menghafal.

10.
Bila baca topik yg baru,cuba ingat kembali apa yg telah anda baca sebelumnya.

No comments:

Post a Comment