Tuesday, November 9, 2010

CARA-CARA BELAJAR YANG BAIK.

1.Ketahuilah Sukatan Pelajaran.
Anda perlu tahu keseluruhan topik pelajaran bg tiap-tiap satu subjek yg anda ambil.Ia mengelakkan anda dr membuang masa mempelajari sesuatu di luar sukatan pelajaran.

2.Adakan Meja Atau Tempat Belajar.
Tempat belajar sebaik-baiknya selesa,tenteram dan mempunyai peredaran udara yg baik.Belajar dgn duduk tegak lebih baik dr cara menyandar atau berbaring.

3.Tuliskan Matlamat Anda.
Setiap perkara mesti ada matlamatnya.Anda mestilah menentukan apa yg anda ingin capai dlm peperiksaan.Tampalkannya di tempat belajar anda supaya ia menjadi daya dorong utk anda belajar.

4.Ketahui Pelajaran Yang Penting.
Anda perlu tahu syarat-syarat lulus dlm sesuatu pelajaran.Kajilah semasak-masaknya seblm memilih matapelajaran utk peperiksaan.

5.Adakan Jadual Belajar.
Seblm membuat jadual tentukan sama ada anda memilih utk menatap sehingga larut mlm seperti biasa atau tidur cepat dgn bgn awal pagi.Biasanya jadual tidur cepat dgn bgn awal pagi adalah jadual belajar yg paling baik.Dgn suasana pg yg bersih dan nyaman,anda bersedia menerima apa-apa sahaja pelajaran.Ingat,anda tidak semestinya terikat dgn jadual ini.Masa belajar anda lebih byk bergantung kpd kemampuan anda utk memberi tumpuan kpd pelajaran.

6.Bersedia Dari Awal.
Mulalah belajar,membaca,memahami dan mengingat dr awal thn.Setelah cukup faham dan ingat sesuatu perkara barulah berpindah belajar cara tebuk-tebuk sahaja,kerana cari ini byk risikonya.Mengetahui pelajaran secara keseluruhannya membantu anda apabila mengulangkaji nanti dan anda juga tidak gentar utk menghadapi peperiksaan.

7.Tenteramkan Jiwa Anda.
Usaha anda akan menjadi sia-sia jika anda terganggu dgn masalah-masalah lain.Jadi elakkan keadaan begini.Berusahalah menyelesaikan masalah anda supaya tidak merunsingkan anda lagi.

8.Jauhilah Dari Pengaruh Negatif.
Jgnlah terikut-ikut dgn pengaruh luar yg merugikan anda.Bergaullah dgn org-org yg sependirian dgn anda dan boleh membantu anda dlm pelajaran anda.

9.Amalkan Teknik Membaca Yang Baik.
Semasa membaca,pen harus ada di tgn anda bg mewujudkan suasana serius.Semasa membaca,catat atau lukiskan nota penting utk memudahkan anda mengingat.Amalan ini baik dipraktikkan pada mlm hari kerana membaca sahaja memungkinkan anda mengantuk.

10.Banyakkan Buku Rujukan.
Membanyakkan buku disekeliling anda samalah seperti anda memperbanyakkan guru di samping anda.Rujuklah buku-buku yg berlainan kerana tidak semua buku yg lengkap.

11.Membaca Akhbar Dan Majalah.
Pelajar-pelajar amat penting membaca akhbar dan majalah yg tinggi mutunya.Ia membantu anda meluaskan pengetahuan.

12.Jangan Paksa Otak Anda.
Berhentilah dahulu jika anda merasakan tidak dpt lagi memahami pelajaran kerana otak letih.Prinsip utama,biarlah belajar sedikit asalkan anda faham dan ingat.Orang-orang yg sederhana kemampuan otaknya biasanya berehat setiap 2 jam belajar.

13.Sediakan Buku Ringkasan Khas.
Sepatutnya anda mempunyai beberapa buku tulis,satu buku utk satu subjek.Gunakanlah buku tersebut utk mengumpulkan nota dr pelbagai sumber.Jadikan ia lengkap,ringkas dan padat serta senang utk anda faham.

14.Bertanyalah Selalu.
Pelajar yg rajin bertanya adalah pelajar yg pintar.Ia tahu kekurangannya dan mahu memantapkan kefahamannya.

No comments:

Post a Comment